my All : Him

mY All : Him
The woNderful pEople who pickEd up mY piEces and Glued it bAck wiTh tEnder loVing-cAre,pAtieNce and uNconDitionaL lovE,,.

Saturday, September 17, 2011

~Saya Tahu Saya Tak Cantik~

In The Name of ALLAH,,..
Salam'Alaikum..,,
To thOse bLoggers or Readers!!
Especially WOMAN,,.
Hayatilah..,,

Saya tahu saya tak cantik..tapi,walaupun saya tak cantik,saya tetap ada kelebihan,,
Kerana saya tidak cantik,saya tidak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya,
Kerana saya tidak cantik,saya dapat pelihara diri saya dari pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya,..
Kerana saya tidak cantik,saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki,
kerana saya tidak cantik,saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain,
Kerana saya tidak cantik,saya tidak mengaharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita,
Dan kerana saya tidak cantik akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya,

Kerana saya tahu saya tidak cantik pada pandangan manusia,maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH,,..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar,tapi KECANTIKAN di akhirat kelak,,..

Anggun di mata ALLAH : Kecantikan Sejati

Kecantikan terdiri dari 2 jenis : Kecantikan Zahir dan kecantikan Batin

Kecantikan batin (Inner Beauty) adalah kecantikan yang dicari seperti kecantikan Ilmu,Akal fikiran dan Kesucian diri.Kecantikan inilah yang merupakan titik pandang ALLAH pada Hamba-Nya....

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadis yang bermaksud : 

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kamu,akan tetapi ALLAH melihat pada hati kamu"..(HR. Muslim).


Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan aku. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa aku tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

Moga mendapat Manfaat to those yang membaca,,..especially kepada Manusia yang bergelar WANITA..,,
Memang kita semua suka akan perkara yang berkaitan denagn perkataan 'Cantik',,.
Termasuklah mencantikkan diri sendiri,,..
Tapi kene tengok jugak lah kepada siapa kita tunjukkan kecantikan kita itu,,..ok!!
Try to be such a Good Muslimah!!!InsyaALLAH,,..(*Peringatan Untuk diri sendiri juga).., 




Credit to : ILuvIslam


5 comments:

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

mazni ^_^
suka pengisian ini!
tambahan sedikit,pd pndgn peribadi kita sendiri,kan 'cantik' itu subjektif pd pndgn mata manusia jadi;bagi kita,semua orang cantik..sebab apa?? sebab Allah yang ciptakan.. ^_^ Allah itu cantik dan sukakan kecantikan (",)

Allahua'lam,maaf jika ada kesilapan dlm pndgn ini.
sayang mazni lillah~

mazNi mAz said...

eMm btOl tu Munirah,,..so kiTa ssbAgai Hamba-Nya tak bLh la nk tNtukan sesuAtu bNde tu cNtik kEw xcNtik cOz sumE tu ciptAAn ALLAH,,..Semua ciptAAn ALLAH kn cNtik,,.~~

Alshaqina Nana said...

Betul mazni..suka pengisian ni...sy bersyukur sbb sy pun tak cntik... InsyaAllah...boleh selamat dari pndgn lelaki... =)

Alshaqina Nana said...

Saya bersyukur sbb sy tak cntik.. mOGA Allah kurniakan sy kecantikan dlmn (inner beauty spt yg dikatakan)..

purple LADY said...

nice entry mazni.
i like it too :DD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...