my All : Him

mY All : Him
The woNderful pEople who pickEd up mY piEces and Glued it bAck wiTh tEnder loVing-cAre,pAtieNce and uNconDitionaL lovE,,.

Wednesday, April 25, 2012

~Deep In my Heart~

Salam Alaikum..~
In the Name of ALLAH..

Awalnya aku tidak percaya diri 
Dengan pakaian yang tertutup rapi
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Tapi ayah berkata aku cantik mahupun emak

Wahai kawan yang bermimpi sanjungan 
Cantik bukan bererti buka-bukaan
cantik bukan bererti selalu berdandan
Dan cantik bukan bererti seorang pujaan

Ku ulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semua itu demi cinta ku pada Rabb ku
Dan ku berbisik dalam hatiku semoga engkau bahagia melihatku

Andai semua orang memahami 
Cantik lahir bukanlah ukuran
Tapi cantik hati memikat semua orang
Dan yang utama berbudi pekerti
Seperti yang Rasulullah tunjukkan


Menutup aurat adalah CANTIK..
tapi..Menutup aurat DENGAN SEMPURNA lagi CANTIK..

Aku bukan orang yang sudah sempurna,,
Tapi aku nak cuba jadi yang sesempurna mungkin..

I NEED Allah to give me strength
And I need a lot more people to strengthen me..~


Sunday, November 6, 2011

Without Him,,.I am nothin'..,,!!


Salam 'Alaikum..,,
Well Hello there World!!
eceh,,..dah gaye cm Anwar Hadi plak da..,

ok,,.buat julung-julung kalinya,waktu freedom aku datang balik iaitu after FINAL EXAM for semester 3..,,
Dan buat julung-julung kalinya,,.aku rasa kepala da macam kena hempap dengan gajah berkepala 3..,,*raised eyebrow twice...

Sebenarnya..,,xde bende pown.,,ehehe~~*tipu
Sebenarnya I juz wanna express my feeling these days..,,
well kalau kita rasa sumthin' tu,we're supposed to spill out those thingy yg menyerabutkan our brain instead of simpan aje kan??
Then,it might be a solution for those bende yang serabut tu even A solution...,

ok,..stop membebel..,~~
Sejak akhir2 ny,,..rasa macam kosong jew hidup ny even dikelilingi kawan2 yang sangat happening!!yeay!!!*LOL
Even dikelilingi tempat yang mewah ,,.wahhhhh....!!*takde la mewah sangat
Even dikelilingi makanan yang melazatkan dan mengimarahkan nafsu makan...*Tipu je..,
and Even dimanjakan dengan WIFI yang laju.....
and Even didodoikan dengan Internet..,
Even didodoikan dengan Komputer mudah alih,,...*bahasa baku

IF buat semua bende tu yang orang kate menyeronokkan!!!mengembirakan!!dan melebihkan benda2 yang menyeronokkan tu instead of IBADAH,,....
I found nothin'..,,Seriously nothin'..,,
I've tried once and i'm not gonna try it once again..,,trust me..,,

*sebab syaitan ade kat dunia ny,,.


Kalau kita buat semua benda yang menyeronokkan tu or in a simple word is lagho,,..
Dan kita makin lupa untuk melaksanakan tugas kita sebagai seorang hamba-Nya..,,
Ingat!!!Bahawa Dia pun akan semakin abaikan kita dan semakin lupekan kita ..,,
Dan tali tempat kita bergantung pown makin loose..,,
Longgar,,..tinggal masa nak putus jew,,..

Antara perkara yang membuatkan kita semakin lupakan-Dia..,
- Online sampai tengah malam ~ Subuh gajah
- Solat yang bagai melepaskan batuk ditangga
- Tak topup Ilmu agama means tak pergi mana-mana kuliah agama la
- Tidak menghayati Maksud ayat Al-Quran,,
- And all those thing yang dipanggil 'lagho'.



Fitrah manusia itu sukakan kebaikan..,,
Hati seorang manusia akan menjadi tidak tenang jika kita melakukan sesuatu perkara yang melanggar fitrah manusia,,.
So,da dapat main point nye kan??
Kalau ade salah tolong ye betolkan..,,
Oleh itu rakan-rakan blogger sume and to those readers..,,
Janganlah terlalu obses sangat dengan all sort of luxury yang ade kat dunia ni..,,
That's all what we called before, 'GAME OF LIFE' ~You lost,you die..*tag line
Kita mesti buat sesuatu benda yang boleh dijadikan bekalan Dunia dan Akhirat..*Perkara berfaedah

Seperti Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kauthar,yang bermaksud : 
"Sungguh,Kami (Allah S.W.T) telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak,
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan Berkorbanlah (sebagai Ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH,
Sungguh,orang-orang yang membencimu dialah yang terputus dari rahmat ALLAH..." 

There's no one can give us the actual luxury except Him,,.Our Creator.., 
Ingat!!Without Him,We are NOTHING,,..

So,Kawan2!!mari kita Perbetul dan pertingkatkan Ibadah kita,Kenal Pencipta,Kenal diri sendiri,Tahu tujuan Hidup yang sebenar,
InsyaALLAH,,.your valuable time is not gonna wasted..,heee~~

p/s : Kalau ade saLah tolong betulkan ye,,..~~aku pown manusia biasa juga,,.*Peringatan untuk diri sendiri juga,,..~~


Saturday, September 17, 2011

~Saya Tahu Saya Tak Cantik~

In The Name of ALLAH,,..
Salam'Alaikum..,,
To thOse bLoggers or Readers!!
Especially WOMAN,,.
Hayatilah..,,

Saya tahu saya tak cantik..tapi,walaupun saya tak cantik,saya tetap ada kelebihan,,
Kerana saya tidak cantik,saya tidak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya,
Kerana saya tidak cantik,saya dapat pelihara diri saya dari pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya,..
Kerana saya tidak cantik,saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki,
kerana saya tidak cantik,saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain,
Kerana saya tidak cantik,saya tidak mengaharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita,
Dan kerana saya tidak cantik akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya,

Kerana saya tahu saya tidak cantik pada pandangan manusia,maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH,,..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar,tapi KECANTIKAN di akhirat kelak,,..

Anggun di mata ALLAH : Kecantikan Sejati

Kecantikan terdiri dari 2 jenis : Kecantikan Zahir dan kecantikan Batin

Kecantikan batin (Inner Beauty) adalah kecantikan yang dicari seperti kecantikan Ilmu,Akal fikiran dan Kesucian diri.Kecantikan inilah yang merupakan titik pandang ALLAH pada Hamba-Nya....

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadis yang bermaksud : 

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kamu,akan tetapi ALLAH melihat pada hati kamu"..(HR. Muslim).


Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan aku. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa aku tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

Moga mendapat Manfaat to those yang membaca,,..especially kepada Manusia yang bergelar WANITA..,,
Memang kita semua suka akan perkara yang berkaitan denagn perkataan 'Cantik',,.
Termasuklah mencantikkan diri sendiri,,..
Tapi kene tengok jugak lah kepada siapa kita tunjukkan kecantikan kita itu,,..ok!!
Try to be such a Good Muslimah!!!InsyaALLAH,,..(*Peringatan Untuk diri sendiri juga).., 




Credit to : ILuvIslam


Sunday, August 21, 2011

Good MusLim Wanna be

In The name of ALLAH,,..
Salam'Alaikum,,..
Mind Sharing,,..

Hayatilah..,


I asked ALLAH for strength
and ALLAH gave me difficulties to make me strong..

I asked ALLAH for courage
and ALLAH gave me obstacle to overcome..

I asked ALLAH for love
and ALLAH gave me troubled people to help..

I asked ALLAH for favors 
and ALLAH gave me opportunities..

Maybe I received nothing I wanted,
But I received Everything I Needed..,,



Thursday, August 11, 2011

~PembuNuhan~

In The Name of ALLAH,,..
Salam'Alaikum,,..
Salam Ramadhan pd sume blogger and readers!!!

Sepetang bersamaku....
ceh ayat,,.

Sebenarnya nak kongsi satu discovery,,..
cite ny cite bape minggu lepas ntah,,..tak pasti sangat..,,
Tapi yang penting pada hari isnin iaitu hari kejadian,aku ade kelas biologi,,..tapi laboratory la,,..
Hari tersebut kami dikehendaki buat eksperiment 'bout 'Reproduction'..,,
ahaha,,.sape yang pernah study sains tu taw la kowt,,..

So,first of all,,Each group diberi seekor tikus n the members have to examine the reproductive system of da rat,,.
so each member kena la rasa bedah tikus tu,,..
ahaha,,.membuat perkara ny adalah pengalaman yang kedua dalam hidup,,.

*ny la mangsa kitorang,,..

ok,,..starting my kawan yang koyakkan kulit luar yang agak berbulu tu,,..
Tapi guna scissors,Forceps segala bagai la,,..
bukan guna tangan je,,.alamatnyer mati la tikus tu,,.ahaha,,..
For ur information,,.tym kitorang bedah tu,,.tikus tu still lg hidup juz pengsan jew la,,..tp dah mati sebaik sahaja kitorang start buka bahagian dalam,,.
then,lapisan dalam pulak tukar ngn orang lain..,
Pastu,,..tugas aku take over membuka bahagian dalam dan menyelak segala organ yang exist dalam badan tikus tu,,..ha..,,start tu la tikus tu mati...,,


*yang V-like shape tu la reproductive organ..,,

*ahaha,,.ganas kan,,..

Sebaik sahaja kitorang da jumpa reproductive organ tersebut,kitorang kena melukis plak reproductive organ tersebut,,.ahaha,,.~~
tapi during melukis tu smpat pulak amik gambar,,..
bukan ape,,,nak tunjuk kat mak n ayah,,..
tengok Anak-anak bangsa,,.Doctor in the making,,..
ahaha,,.~~






*ahaha,,.tu yang tudung merah tu Naeimah namanya,,..yang tudung hijau Farah Aina,..
Both of them are doctor In the making..,,ahaha,,.~~InsyaALLAH,,.

Da lepas habis tu pulak,,.
bergambar la kejap ngn Lab Assist,..,

*haha,,.tersesat plak,,...Tikus ny merenung masa depan,,.

*ny dia Cik Zai kitorang,,..Sporting habiz!!


*ny la lab assist paling garang,,..tapi kitoang berjaya buat dia tersenyum,,..ahaha,,.~

haha,,..da kuar lab pown still ag nk b'gambar,,..Agaknyer gayat kowt b'pakaian doctor-like..,,ahaha,,.
so,,.sape2 yang t'ingin nak pakai macam tu,,..Belilah lab coat,,.pastu pakai,,.kan da pakai,,..ehehe,,..tak mahal,,..murah jew dlm RM 30 cmtu la,,.ahaha,,.



 p/s : Selamat Berpuasa!!







Monday, July 11, 2011

~RenuNgan~

Sakura : Aku nak tanya sikit boleh?
Sizuka : Tanya lah..

Sakura : Kau ni pakai tudung labuh…tapi kenapa kau xseperti orang tudung labuh?
Sizuka : Woi..pe maksud ko ha?

Sakura : Tengok..belum apa-apa lagi kau dah woi-woi kan aku..
Sizuka : Yela..mulut ko xmakan saman kot..

Sakura : Hmmm…biar aku bagitau kenapa aku cakap macam tu..Aku perasan kau selalu lambatkan waktu solat.
Sizuka : Alaa..aku banyak kerja la..

Sakura : Aku perasan kau mengaji Al-Quran waktu maghrib je..
Sizuka : Alaa..ok la tu dari takde langsung..

Sakura : Aku perasan kau selalu online FB sampai 2 3 pagi then bangun subuh lambat..pukul 6.30 baru bangun..waktu tu juga lah kau nak pergi mandi bagai..
Sizuka : Alaa..FB tu aku guna untuk berdakwah jugak..

Sakura : Aku perasan kau jarang baca mathurat..
Sizuka : Alaa..xsempat la..aku sibuk..

Sakura : Aku perasan kau sibuk baca novel..jarang baca sirah Rasulullah SAW..
Sizuka : Alaa..nanti aku baca la buku sirah tu lepas habis baca novel..

Sakura : Aku perasan kau xsiap macam-macam kerja yang pensyarah bagi disebabkan hanya sibuk dengan dakwah FB ko..
Sizuka : Alaa..bukan penting sangat pun assignment tu..dakwah lagi penting..

Sakura : Aku perasan kau amat tak suka dengan ‘couple’ – ‘couple’ ni sebab kau kata ‘couple’ tu haram tapi aku tengok kau pun ‘couple’ je walaupun kau kata kau tunang je…cara dah macam ‘couple’…
Sizuka : Alaa..aku tunang la..

Sakura : Sizuka..sizuka..aku nak tanya ni..setiap benda yang aku cakap, ada je benda yang kau nak jawab balik kan? Sekarang aku nak tanya..kalau di akhirat nanti Allah hisab & tanya semua benda yang aku tanya ni, kau nak jawab apa pulak?
Sizuka : Eh..err…huuuhuu [Sizuka diam membisu..menundukkan pandangannya..]

Sakura : Sizuka..aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur kau..amanah memakai tudung labuh ni amat besar kerana kita membawa imej Islam. Sebab tu tak ramai yang sanggup pakai tudung labuh ni kerana bagi diorang tak layak lagi la..tak cukup kuat la..macam-macam la..dan kau…Allah dah pilih kau untuk pakai tudung labuh ni..kita manusia biasa memang akan ada buat salah & silap..dan aku tak nak la kau berhenti pakai tudung labuh disebabkan kesilapan-kesilapan kau. Aku cuma harap kau kuatkan diri untuk bermujahadah melawan nafsu & sebagainya agar kau memang betul-betul layak untuk bertudung labuh. Jadikan tudung labuh itu sebagai pengingat diri kau bahawa kau dalam pantuan Allah SWT yang amat mengasihi hambaNya..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sebab tu aku nak tegur..Kau terlalu cepat melenting..woi-woi itu benda biasa bagi kau. Sizuka, kita ini muslimah..bukan betina..bukan sebarangan perempuan..kita hawa yang disayangi Allah untuk menjadi seorang muslimah. Sopan-santun & kelembutan itu senjata kita. Islam itu amat indah..jadi segala yang datang dari Islam juga indah..akhlak kita biarlah dapat dididik agar dapat terpamer keindahan ajaran Islam tu..banyakkan bersabar..banyakkan beristighfar…
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi ni..tentang solat..kau sering lewatkan waktu solat dengan alasan banyak kerja..Sizuka..seruan mendirikan solat itu bukan dari manusia sayang..bukan jua dari Nabi atau malaikat..tapi dari Allah..Allah..siapalah kita ni?? Hanya hambaNya kan? Kenapa kita sombong sangat? Allah yang ciptakan kita…Dia beri kita segala-segalanya tapi bila Dia menyeru untuk bersama dengan kita dalam solat, kenapa kita lewatkan? Siapa kita untuk memperlekehkan seruan Allah tu..tinggalkan dahulu kerja itu kerana takut hilang keberkatan kita menyiapkan kerja tu..tu pun belum tentu kerja tu siap walaupun kita solat lambat kan??
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi-lagi ni..sizuka, bagi kau lebih baik mengaji Al-Quran waktu maghrib daripada takde langsung kan? Betul lah tu..tapi itu sesuai untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan rutin mengaji Al-Quran..untuk orang macam kau yang sebelum ini selalu mengaji selepas solat tak sepatutnya macam itu..Al-Quran itu ayat cinta dari Allah..kau nak tunjukkan pada Allah yang kau tak suka dengan ayat cinta Dia ke?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..ni aku nak cakap pasal FB pulak..memang bagus kau guna untuk berdakwah FB tu tapi pada masa yang sama, kau abaikan urusan kau dengan Allah sampai bangun subuh lambat..kau kena tahu bezakan mana yang lebih penting sizuka..jangan asyik sibuk nak dakwah orang sampai terabai diri sendiri ibarat lilin yang bakar diri untuk orang lain bila dia tak amalkan apa yang didakwahkan itu..senang cakap kita kena dakwah diri kita dulu sebelum dakwah orang lain..supaya orang lain pun mudah terima dakwah kita..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sekarang pasal mathurat pulak. Apa yang kau sibukkan sampai nak berzikir pada Allah pun tak sempat? Siapa yang beri nyawa kau tu? Siapa yang beri nafas kau tu? Siapa yang beri hati kau tu? Siapa yang beri jasad..mulut..akal..kau tu? Bukan Allah ke?? Allah kan? Kenapa tak nak berzikir pada Allah dengan guna alasan sibuk? Jangan sampai kau terkena penyakit yang Rasulullah SAW pernah sebut dalam hadis baginda iaitu umat manusia akhir zaman akan ada penyakit iaitu terlalu cintakan dunia..kalau zikir pada Allah pun rasa berat, mesti selawat pada Rasulullah SAW lagi berat kan? Tapi nak syafaat dari Rasulullah SAW..rasa-rasa layak tak dapat syafaat baginda kalau macam tu? Zikir dan selawat bukan benda berat sayang..amat ringan di mulut kita..tapi berat di timbangan al-mizan bila kita dihisab nanti..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sizuka..tentang novel ni..bila sebut pasal solat, mathurat, kau kata sibuk sampai takde masa sedangkan masa tu Allah dah bagi cukup kat kau 24 jam sama macam orang lain..tapi bila baca novel, sempat je aku tengok kau habiskan macam-macam novel..buku sirah langsung tak usik..dah berhabuk aku tengok..sizuka, tak salah baca novel..ada juga ilmu dalam novel tu tapi sirah tu harus diutamakan sebab itu sirah Rasulullah SAW dan kisah Islam dahulu..perjuangan umat Islam dahulu..perjuangan Rasulullah SAW dahulu..kalau Rasulullah SAW tak benar-benar memperjuangkan Islam dahulu, aku rasa tak mustahil sekarang ni kau yahudi atau aku nasrani..perjuangan & pengorbanan Rasulullah SAW dulu amat hebat..seorang Rasul Allah dibaling najis, luka berdarah, dikhabarkan telah wafat kerana semata-mata ingin menegakkan Islam..tapi kita..apa yang kita buat? Sibuk baca novel..amat minat dengan cerita korea..sampai semua cerita korea ada dalam koleksi..tapi cuba tanya ceritakan tentang satu perang yang melibatkan Rasulullah SAW..tak banyak..minta satu je..belum tentu dapat jawab kan? Tapi cerita korea boleh tengok ulang-ulang kali..sampai dah boleh ingat skrip..dah hafal nama-nama pelakon..bila ditanya tentang keluarga Rasulullah SAW terkial-kial nak jawab..kalau tanya tentang sahabat Rasulullah SAW lagi lah..terus membisu je..tapi bila sampai Maulidur Rasul sibuk cakap aku sayang Rasulullah SAW..cintakan Rasulullah SAW..kan?? betul ke cinta macam tu? Sebab tu kita kena baca sirah Rasulullah SAW..kita kena tau semua tu sizuka..semua ni untuk peringatan aku juga..kerana aku lebih hina dari kau..
Sizuka : Aku…err…huu [Mula bergenang air mata Sizuka…]

Sakura : Aku sayang kau..sizuka, kalau kita nak berdakwah sekalipun, assignment jangan tinggal kerana assignment itu penting..Islam tidak mengajar kita terlalu melebihkan dunia sehingga mengabaikan akhirat kerana sekarang kita duduk di dunia..Islam bukan semata-mata di masjid, surau, tapi Islam itu syumul (menyeluruh) sebab tu pada zaman dahulu, ramai pakar ilmuwan Islam..dan ilmu itu berkembang sehingga Eropah namun eropah dah salah guna hingga mengatakan mereka yang menjumpai ilmu itu terlebih dahulu. Orang eropah pun sibuk mengajar kita macam-macam hukum..contohnya Newton’s Law..ada pula yang dapat idea lepas jatuh epal atas kepala kan..padahal semua itu datang dari Allah..diorang menafikan kekuasaan Allah dengan memperkenalkan pelbagai hukum. Sebab itu lah kita kena betulkan keadaan sekarang kembali pada fitrahnya..kita belajar ilmu Allah tapi jangan nafikan kekuasaan Allah..bila kita tak buat tugasan yang diberi, kita akan mendatangkan fitnah pada Islam. Siapa nak dengar dakwah kita sedangkan kita sendiri tak betul..kan?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..haa..ni yang paling parah..couple..Alhamdulillah kau sedar couple itu haram kerana mendekati zina..& Islam ada menyediakan ruang untuk bertunang walaupun nyata pernikahan itu yang terbaik. Kau kata kau tunang tapi setiap malam bertelefon, setiap minggu jumpa, setiap bulan jalan-jalan. Itu dah macam couple sayang..nama takkan menghalalkan perbuatan. Tunang yang sebenar ialah yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah bukan yang menjauhkan kita dari Allah..tunang yang sebenar akan menyebabkan kita merasa sakit yang amat manis..kerana kita menjaga diri kita kerana Allah sebelum tiba masanya kita menyerahkan seluruhnya kepada suami kita. Kita kaum hawa kena jaga diri supaya tunang kita dapat menahan diri. Kita jangan jadi perosak diri dia..jangan jadi penggoncang iman dia..nauzubillah~
Sizuka : Aku..err…huu

Sakura : Aku sayang kau..amat sayang.. (Sakura memegang erat tangan sizuka..ditatap dalam ke mata sizuka yang bergenang air matanya) Aku amat sayangkan kau..sebab itu aku ingatkan kau..aku tahu kau dah sedar yang kau dah buat salah..& pintu taubat Allah masih terbuka untuk kita sayang.. aku pun banyak salah..kita mestilah saling ingat-mengingatkan kerana kita berukhwah..aku sayang kau kerana Allah..ubah lah segala yang mampu kau ubah walaupun sedikit..sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak kan..jadi seorang yang lebih baik & jangan pernah rasa diri kita yang terbaik dalam semua hal walaupun kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sizuka : Aku hina…(dirangkulnya bahu Sakura erat-erat..tangisan sizuka teresak-esak mengenang dirinya yang hina…)

[Sekadar cerita..p/s: selagi kita mampu mengubah sesuatu menjadi lebih baik, ubahlah kerana Allah itu tetap yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…]

Wednesday, July 6, 2011

~Experience lecture~

In The Name Of ALLAH,,.
Salam'Alaik,,.

Hari pertama dalam minggu kedua at PASUM ny ade lecture Usus As-syariah..,,
Haha,,.maaf ler da berabad punyer cite baru nak update at cny,,.
haha,,.
Masa tak mengizinkan mata-setiap-masa-depan-laptop,,..
Ahaha,,.biase lah tu..da mula lecture,tuto bagai..,,mane ade over time ngn lovely lappy ny..,,

Ok sambung cite ,,..first day of second week at PASUM ny da ade lecture Usus As-syariah,,..
Firstly lepas lecture Chemistry tros pegi Bilik Tutorial untuk subjek syariah ny la,,.
Masuk Bilik tuto dengan b'semangat nak belajar syariah..,,
huhu,,..nak taw jgk lecturer mane yang ajaw kteowg nnti,,..

Beberapa minit kemudian sorang lecture lelaki masuk..,,
Then,he's Introduce to us 'bout Syariah gune fully arabic language kowt,,.
dye punya sleng arab macam tak pernah dengar jew...
Oh Tidak!!Paham pown setakat angguk2 geleng2 jew,..

Tapi tipu la da bape belas taon blaja arab takkan tak paham satu perkataan pown kan..,,
Mesti la paham,,..sikit2 la,,.
Merangkak nak pahamkan his Talk,,..
haha..,,

Rupa-rupanya,,..while he's introducing himself as well,,..
Baru la dapat tahu yang Lecturer ny berasal dari Yaman..,
huh..,,~~~
International uh..,,


Ny la dye Dr.Abdullah Al-Mikhlafi from Yaman..,,

Mule2 rasa susah cket nak paham la,,..tapi rasa susah tu sebab tak pay attention betul2 kat lecture dye..,,
Tapi siyes la kalau cuba paham kan dari awal lecture dye memang best!!
Rasa macam da duduk kat negara Arab da rasenyer..,,
Ahaha,,..bez!!Interesting!!!Itulah dye bahasa Al-Quran..,,
Bahasa Al-Quran kan Indah..,,
Nak belajar pown senang jew,,..
InsyaALLAH,,..Everything is under His will..,,
Belajar Syariah pown smooth jew fahamnya..,,

Kepada Sahabat-sahabat APIDS,,..
Teruskan Perjuangan Kalian ye..,,
Bahasa Arab Bahasa Al-Quran,,..
Bahasa utama..,,


Sampai sini la kowt post ny,,..
InsyaALLAH kalau ade lagi,aku post lagi,,..


p/s : Tuntutlah Ilmu dengan HATI yang IKHLAS,,.InsyaALLAH,ALLAH permudahkan jalan..,,
        May ALLAH bless!!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...